Wirid 7-1: Surah Al-Ikhlas
Doa Penuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ٤ (Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 1523, al-Tirmidzi no. 2903, dan al-Nasa'i no. 1336)
Dengar Bacaan:
Terjemahan Keseluruhan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Dialah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3. Dia tidak beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan.
4. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya."
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 1523, al-Tirmidzi no. 2903, dan al-Nasa'i no. 1336)
Penerangan Tambahan
Daripada 'Uqbah bin 'Amir radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: "Rasulullah (ﷺ) memerintahkan aku agar membaca 'Al-Mu'awwidzat' (surah-surah perlindungan, iaitu Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) selepas setiap kali selesai solat."
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 1523, al-Tirmidzi no. 2903, dan al-Nasa'i no. 1336)