Zikir 2 - Al-Baqarah: 1-5
Doa Penuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ ١ ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ٢ ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ ٣ وَٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِٱلْـَٔاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ ٤ أُو۟لَـٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدًۭى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ٥
Dengar Bacaan:
Terjemahan Keseluruhan
• Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
• Alif, Lam, Mim.
• Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya; ia menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
• Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan solat, serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
• Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan hari akhirat.
• Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka.
• Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Al-Baqarah: 1-5)
Penerangan Tambahan
“Sesiapa yang membaca empat ayat pertama daripada Surah Al-Baqarah, Ayat Kursi, dua ayat selepas Ayat Kursi, dan tiga ayat terakhir daripada Surah Al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan menghampiri diri dan keluarganya pada hari tersebut. Malah, tiada perkara buruk yang tidak diingininya akan berlaku. Dan sekiranya ia dibacakan kepada orang gila (kurang siuman), dia akan sembuh daripada gangguan tersebut.”
(Dhaif, Ad-Darimi 3383, At-Thabarani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir 8674 dengan sanad yang dhaif. Namun, dinyatakan dalam riwayat tersebut: “Sekiranya sesiapa membaca ayat-ayat berkenaan di dalam rumah pada waktu malam, maka syaitan tidak akan memasuki rumah itu sehinggalah waktu pagi.”)