Zikir 4-1 - Al-Baqarah: 284
Doa Penuh
لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ وَإِن تُبْدُوا۟ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ ٱللَّهُ ۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌ ٢٨٤
Dengar Bacaan:
Terjemahan Keseluruhan
• Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah.
• Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitungnya terhadap kamu.
• Kemudian Dia mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya.
• Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Al-Baqarah: 284)
Penerangan Tambahan
Sambungan daripada Ayat al-Kursi, Surah Al-Baqarah ayat 256 dan 257. Berdasarkan hadis:"Sesiapa yang membaca empat ayat pertama Surah Al-Baqarah, Ayat al-Kursi, dua ayat selepas Ayat al-Kursi,dan tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan menghampiri dirinya dan keluarganya pada hari itu,malah tidak akan berlaku perkara yang tidak diingininya. Dan sekiranya ayat-ayat ini dibacakan kepada orang yang hilang akal, nescaya dia akan sembuh."(Dhaif, ad-Darimi 3383, at-Thabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir 8674 dengan sanad yang dhaif.Namun terdapat sebutan dalam riwayat lain: "Sekiranya sesiapa membaca ayat-ayat tersebut di dalam rumah pada waktu malam, syaitan tidak akan memasuki rumah itu sehingga waktu pagi.")