Zikir 4-3 - Al-Baqarah: 286
Doa Penuh
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٢٨٦
Dengar Bacaan:
Terjemahan Keseluruhan
• Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
• Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
• (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
• Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
• Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
• Dan maafkanlah salah silap kami, dan ampunkanlah dosa kami, serta kasihanilah kami.
• Engkaulah Pelindung kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
(Al-Baqarah: 286)
Penerangan Tambahan
"Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah (ayat 285-286) pada waktu malam, maka dua ayat tersebut sudah mencukupi baginya (sebagai perlindungan)."(Muttafaqun 'Alaih, al-Bukhari 5008, Muslim 875)
Sambungan Surah Al-Baqarah ayat 284 - 286 dengan merujuk hadis daripada zikir sebelum ini:"Sesiapa yang membaca empat ayat pertama Surah Al-Baqarah, Ayat al-Kursi, dua ayat selepas Ayat al-Kursi,dan tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan menghampiri dirinya dan keluarganya pada hari itu,malah tidak akan berlaku perkara yang tidak diingininya. Dan sekiranya ayat-ayat ini dibacakan kepada orang yang hilang akal, nescaya dia akan sembuh."(Dhaif, ad-Darimi 3383, at-Thabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir 8674 dengan sanad yang dhaif.Namun terdapat sebutan dalam riwayat lain: "Sekiranya sesiapa membaca ayat-ayat tersebut di dalam rumah pada waktu malam, syaitan tidak akan memasuki rumah itu sehingga waktu pagi.")