Wirid 6: Ayat Kursi (Al-Baqarah: 255)
Doa Penuh
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ ٢٥٥ (Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dalam Sunan al-Kubra 9928 dan at-Thabarani dalam al-Kabir 8/114)
Dengar Bacaan:
Terjemahan Keseluruhan
• Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal Selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya.
• Dia tidak mengantuk dan tidak juga tidur.
• Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
• Sesiapakah yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya?
• Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka.
• Dan mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
• Kursi Allah meliputi seluruh langit dan bumi.
• Dan memelihara kedua-duanya tidak menjadi bebanan kepada-Nya.
• Dan Dia Maha Tinggi, lagi Maha Agung.
(Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dalam Sunan al-Kubra 9928 dan at-Thabarani dalam al-Kabir 8/114)
Penerangan Tambahan
“Sesiapa yang membaca Ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardhu lima waktu, tiada apa yang menghalangnya daripada memasuki syurga melainkan kematian.” (Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dalam Sunan al-Kubra 9928 dan at-Thabarani dalam al-Kabir 8/114)