Azkar 16 - Memohon Kebaikan dan Perlindungan daripada Keburukan
Doa Penuh
☀️أَصْبَحْنَا وَ أَصْبَحَ☀️ (🌙أَمْسَيْنَا وَ أَمْسَى🌙)
الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَـٰذَا ☀️الْيَوْمِ☀️ (🌙اللَّيْلَةِ🌙)
وَخَيْرَ مَا ☀️بَعْدَهُ،☀️ (🌙بَعْدَهَا،🌙)
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَـٰذَا ☀️الْيَوْمِ☀️ (🌙اللَّيْلَةِ🌙)
وَشَرِّ مَا ☀️بَعْدَهُ،☀️ (🌙بَعْدَهَا،🌙)
رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ Sebutan: ☀️Waktu Pagi☀️ (🌙Waktu Petang🌙)
Dengar Bacaan:
Terjemahan Keseluruhan
• Kami telah memasuki waktu ☀️"pagi"☀️ (🌙"petang"🌙) dan segala kekuasaan pemerintahan adalah milik Allah.
• Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala puji-pujian. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
• Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan yang ada pada ☀️hari ini☀️ (🌙malam ini🌙) dan kebaikan yang ada selepas ☀️hari ini.☀️ (🌙malam ini.🌙)
• Dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keburukan yang ada pada ☀️hari ini☀️ (🌙malam ini🌙) dan keburukan yang ada selepas ☀️hari ini.☀️ (🌙malam ini.🌙)
• Wahai Tuhanku, aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada sifat malas dan keburukan di hari tua.
• Wahai Tuhanku, aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada azab di dalam neraka dan azab di dalam kubur.
***Cara bacaan: Perkataan yang bertukar mengikut waktu
☀️Bacaan waktu pagi☀️ (🌙Bacaan waktu petang🌙)
Penerangan Tambahan
Baginda Nabi ﷺ sentiasa membaca doa ini pada setiap waktu pagi dan petang.
(Sahih Muslim 2723)
Doa ini merupakan penyerahan jiwa dan kehidupan pada setiap pagi dan petang dalam urusan harian kepada Yang Maha Berkuasa Mutlak. Ia merupakan permohonan kekuatan untuk mengatasi sifat malas dalam diri serta dalam melakukan pekerjaan. Doa ini juga mengandungi permohonan yang paling komprehensif untuk memperoleh kebaikan dan menjauhi segala keburukan bagi memula dan mengakhiri setiap hari, saban hari.