ข้ามไปยังเนื้อหา

Doa Memohon Agar Menjadi Hamba Yang Bersyukur Dan Diredhai-Nya (Surah an-Naml: 19)

Doa Penuh

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

(Surah An-Naml Ayat 19)

Dengar Bacaan:

Terjemahan Keseluruhan

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah kepadaku

supaya aku tetap bersyukur akan nikmat-Mu

yang telah Engkau kurniakan kepadaku

dan kepada ibu bapaku,

dan supaya aku tetap mengerjakan amal saleh yang Engkau redai;

dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu

ke dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang saleh.

(Surah An-Naml Ayat 19)

Penerangan Tambahan

Berasal daripada Surah An-Naml ayat 19, doa ini merupakan sebuah doa yang sangat indah.

Nabi Sulaiman AS memanjatkan kesyukuran ini kepada Allah SWT ketika baginda sedang mengerahkan bala tenteranya lalu melalui sebuah lembah yang dipenuhi sarang semut. Pada waktu itu, baginda terdengar seekor semut berkata kepada kawasannya: "Masuklah ke dalam sarang kamu masing-masing, supaya kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedang mereka tidak menyedarinya." Apabila Nabi Sulaiman AS mendengar perbualan semut tersebut (kerana Allah SWT mengurniakan nikmat kepada baginda kebolehan untuk memahami dan bertutur dalam bahasa haiwan), baginda pun tersenyum gembira lalu membaca doa ini sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. Kisah ini diceritakan secara terperinci dalam Surah ke-27 (An-Naml), ayat 17-19.


Doa ini merupakan permohonan kepada Allah SWT agar kita dijadikan sebagai hamba yang sentiasa bersyukur ke hadrat-Nya atas segala kejayaan, serta setiap nikmat yang telah dikurniakan kepada diri kita dan juga kepada kedua-dua ibu bapa kita. Selain itu, ia mengandungi permohonan agar kita sentiasa diberi taufik untuk melakukan amal saleh yang diredai-Nya, serta dihimpunkan bersama-sama golongan yang baik dan dikasihi di bawah naungan rahmat-Nya.

Kata demi Kata (Word by Word)

رَبِّ
Rabbi
[Wahai Tuhanku]
أَوْزِعْ
awzi'
[ilhamkanlah / doronglah]
نِي
ni
[kepadaku]
أَنْ
an
[supaya / untuk]
أَشْكُرَ
ashkura
[aku bersyukur]
نِعْمَةَ
ni'mata
[nikmat]
كَ
ka
[-Mu]
الَّتِي
allati
[yang]
أَنْعَمْتَ
an'amta
[Engkau telah kurniakan]
عَلَيَّ
‘alayya
[kepadaku]
وَ
wa
[dan]
عَلَىٰ
‘ala
[kepada / ke atas]
وَالِدَيَّ
walidayya
[kedua ibu bapaku]
وَ
wa
[dan]
أَنْ
an
[supaya]
أَعْمَلَ
a'mala
[aku mengerjakan / beramal]
صَالِحًا
solihan
[yang saleh / yang baik]
تَرْضَىٰ
tarda
[Engkau meredainya]
هُ
hu
[-nya (amal tersebut)]
وَ
wa
[dan]
أَدْخِلْ
adkhil
[masukkanlah]
نِي
ni
[aku]
بِـ
bi
[dengan]
رَحْمَتِ
rahmati
[rahmat]
كَ
ka
[-Mu]
فِي
fi
[ke dalam / dalam kalangan]
عِبَادِ
‘ibadi
[hamba-hamba]
كَ
ka
[-Mu]
الصَّالِحِينَ
as-solihin
[orang-orang yang saleh]