Doa Penghulu Segala Istighfar (Sayyidul Istighfar)
Doa Penuh
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ.. أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ (Direkodkan oleh al-Bukhari: 6306)
Dengar Bacaan:
Terjemahan Keseluruhan
• "Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, • tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku • dan aku adalah hamba-Mu, • dan aku tetap berada di atas perjanjian dan janji setia-Mu sekadar kemampuanku. • Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keburukan apa yang telah aku lakukan. • Aku mengakui kepada-Mu atas segala nikmat-Mu ke atasku, • dan aku mengakui akan dosa-dosaku, maka ampunilah aku, • kerana sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau."(Direkodkan oleh al-Bukhari: 6306)
Penerangan Tambahan
Ia merupakan doa yang paling agung untuk memohon keampunan, yang dipanggil sebagai 'Sayyidul Istighfar' (Penghulu atau Ibu Segala Istighfar) berdasarkan hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari. Keistimewaan doa ini terletak pada susunan bahasanya yang menghimpunkan adab-adab berdoa yang paling tinggi, bermula dengan pengiktirafan tauhid ubudiyyah (mengakui Allah sebagai Pencipta dan diri sebagai hamba), menyatakan kesetiaan dalam melaksanakan syariat mengikut kadar kemampuan hamba, memohon perlindungan daripada kesan buruk maksiat, serta merendah diri dengan mengakui segala limpahan nikmat Allah di samping mengaku salah atas segala dosa yang telah dilakukan. Nabi Muhammad ﷺ menjelaskan ganjaran yang amat besar bagi doa ini: Sesiapa yang membacanya pada waktu siang (pagi) dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal dunia pada hari itu sebelum tibanya waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan ahli syurga; dan sesiapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal dunia sebelum tibanya waktu pagi, maka dia juga termasuk dalam kalangan ahli syurga. Oeh itu, doa ini amat digalakkan untuk dijadikan wirid harian yang dibaca secara istiqamah pada setiap waktu pagi dan petang.