ข้ามไปยังเนื้อหา

Azkar 13 - Doa Memohon Kesempurnaan Nikmat (Waktu Pagi & Petang)

Doa Penuh

اللَّهُمَّ إِنِّي

☀️ أَصْبَحْتُ ☀️

(🌙 أَمْسَيْتُ 🌙)

مِنْكَ فِي نِعْمَةٍ وَعَافِيَةٍ وَسِتْرٍ، فَأَتِمَّ نِعْمَتَكَ عَلَيَّ وَعَافِيَتَكَ وَسِتْرَكَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Transliterasi: ☀️Pagi☀️ (🌙Petang🌙)

Dengar Bacaan:

Terjemahan Keseluruhan

Ya Allah, sesungguhnya aku memasuki☀️waktu pagi☀️ (🌙waktu petang🌙)

daripada-Mu dalam nikmat, kesihatan (afiat), dan perlindungan (daripada aib). Oleh itu, sempurnakanlah nikmat-Mu ke atasku, kesihatan daripada-Mu, dan perlindungan-Mu di dunia dan di akhirat.


(Dibaca 3 kali) ***Cara membaca: Perkataan berubah mengikut waktu

☀️Bacaan Pagi☀️

(🌙Bacaan Petang🌙)

Penerangan Tambahan

“Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, Allah akan menyempurnakan kehendaknya.”

(Dhaif, Ibnu al-Sunni 55)

Doa ini menyedarkan saya tentang rahmat-Mu yang sentiasa mengelilingi kehidupan saya, sama ada nikmat yang jelas kelihatan mahupun segala kelemahan saya yang telah Engkau sembunyikan.


Permohonan saya agar Engkau menjadikan nikmat itu 'sempurna' adalah lambang ketundukan jiwa bahawa saya tidak akan mampu meneruskan kehidupan ini tanpa rahmat dan perlindungan daripada-Mu, sama ada dari segi kesihatan fizikal mahupun ketenangan hati, di dunia mahupun di akhirat.

Kata demi Kata (Word by Word)

اللَّهُمَّ
Allahumma
[Ya Allah]
إِنِّي
inni
[sesungguhnya aku]
<أَصْبَحْتُ>
asbahtu
[memasuki waktu pagi **dibaca pada waktu pagi**]
(أَمْسَيْتُ)
amsaitu
[memasuki waktu petang **dibaca pada waktu petang**]
مِنْكَ
minka
[daripada-Mu]
فِي
fi
[dalam]
نِعْمَةٍ
ni'matin
[nikmat]
وَعَافِيَةٍ
wa 'afiyatin
[dan kesihatan (afiat)]
وَسِتْرٍ
wa sitrin
[dan perlindungan (daripada cela/aib)]
فَأَتِمَّ
fa-atimmma
[maka sempurnakanlah]
نِعْمَتَكَ
ni'mataka
[nikmat-Mu]
عَلَيَّ
‘alayya
[ke atasku]
وَعَافِيَتَكَ
wa 'afiyataka
[dan kesihatan daripada-Mu]
وَسِتْرَكَ
wa sitraka
[dan perlindungan-Mu]
فِي
fi
[di dalam]
الدُّنْيَا
ad-dunya
[dunia]
وَالْآخِرَةِ
wal-akhirah
[dan akhirat]