Zikir 3-3 - Al-Baqarah: 257
Doa Penuh
ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَوْلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٢٥٧
Dengar Bacaan:
Terjemahan Keseluruhan
• Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman).
• Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Thaghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan.
• Mereka itulah ahli neraka,
• mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah: 257)
Penerangan Tambahan
Sambungan daripada Ayat al-Kursi, Surah Al-Baqarah ayat 256 dan 257. Berdasarkan hadis:"Sesiapa yang membaca empat ayat pertama Surah Al-Baqarah, Ayat al-Kursi, dua ayat selepas Ayat al-Kursi,dan tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan menghampiri dirinya dan keluarganya pada hari itu,malah tidak akan berlaku perkara yang tidak diingininya. Dan sekiranya ayat-ayat ini dibacakan kepada orang yang hilang akal, nescaya dia akan sembuh."(Dhaif, ad-Darimi 3383, at-Thabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir 8674 dengan sanad yang dhaif.Namun terdapat sebutan dalam riwayat lain: "Sekiranya sesiapa membaca ayat-ayat tersebut di dalam rumah pada waktu malam, syaitan tidak akan memasuki rumah itu sehingga waktu pagi.")